Buku ini merakamkan detik yang menyayat hati lagi bermakna dalam sejarah penulis keluarga yang dipadukan dengan pengalamannya bersama IIIT dalam penyebaran integrasi ilmu. Tragedi yang berlaku di Seoul, Korea membawa kepada penulisan buku ini. Ia turut merakam secara ringkas sejarah Islam di Korea sebagai latar belakang peristiwa yang dialami oleh penulis. Peristiwa ini be Buku ini merakamkan detik yang menyayat hati lagi bermakna dalam sejarah penulis keluarga yang dipadukan dengan pengalamannya bersama IIIT dalam penyebaran integrasi ilmu. Tragedi yang berlaku di Seoul, Korea membawa kepada penulisan buku ini. Ia turut merakam secara ringkas sejarah Islam di Korea sebagai latar belakang peristiwa yang dialami oleh penulis. Peristiwa ini benar-benar menyentuh hati dan perasaan beliau dan banyak mempengaruhi pemikirannya selepas itu. Penulis rakamkan peristiwa ini sebagai kenangan abadi serta renungan para pembaca sekiranya dalam kisah tersebut terdapat sedikit pelajaran untuk renungan bersama. Penulis juga mencatatkan perjalanan dakwah ilmiahnya ke serata pelosok negara bagi memperkenalkan integrasi ilmu Islam yang menghubungjalinkan subjek akademik dengan agama, sesuatu yang semakin mendapat tempat dalam pendidikan hari ini. Pengalaman menyampaikan kuliah dalam pelbagai tajuk yang sukar dan kontroversi mengundang pelbagai reaksi daripada pendengar. Penulis juga berkongsi sebahagian kandungan kuliahnya di dalam buku ini, antaranya: -Epistemologi Falsafah -Prinsip Ketersebaban: Barat dan Timur -Tawhid sebagai Asas Paradigma -Syeikh Ahmad al-Fathoni, Tokoh Perjuangan -Syeikh Arsyad al-Banjari, Tokoh Integrasi Ilmu Melayu -Pemurnian Sejarah -Tauhid Saintifik
Travelog Dakwah: Dari Bangi ke Seoul

Compare
Nor –
Buku ini sarat pengalaman serta ilmu berharga daripada seorang penulis yang memiliki kepakaran ilmu naqli dan aqli. Dibawakan kisah menyayat hati pengalaman keluarga mereka di mana iateri beliau meninggal dunia dalam kembara mereka ke Korea, yang asalnya bertujuan mengiringi penulis menyampaikan ceramah di sana. Dikongsikan tentang perkembangan Islam di Korea. Penulis seterusnya berkongsikan banyak isi-isi ceramah beliau yang disampaikan dalam banyak siri perjalanan yang beliau lakukan. Pengintegr Buku ini sarat pengalaman serta ilmu berharga daripada seorang penulis yang memiliki kepakaran ilmu naqli dan aqli. Dibawakan kisah menyayat hati pengalaman keluarga mereka di mana iateri beliau meninggal dunia dalam kembara mereka ke Korea, yang asalnya bertujuan mengiringi penulis menyampaikan ceramah di sana. Dikongsikan tentang perkembangan Islam di Korea. Penulis seterusnya berkongsikan banyak isi-isi ceramah beliau yang disampaikan dalam banyak siri perjalanan yang beliau lakukan. Pengintegrasian ilmu naqli dan aqli diulas dengan begitu mendalam. Beberapa tokoh ilmuwan Islam di nusantara diketengahkan kehebatannya terutama dalam sejarah kemerdekaan negara. Membaca buku ini membuatkan keinginan untuk membaca buku-buku beliau yang lain terasa membuak-buak. Terlalu banyak ilmu yang perlu digali lagi.
Irni Farid –
Kesedihan atas kehilangan isteri tercinta mengilhamkan penulis untuk menulis buku ini. Antara perkongsian kesedihan, terdapat mutiara Sains Islam yang menyeluruh. Saya teringat bahan bacaan saya semasa di alam persekolahan ketika belajar aliran sains. Satu buku yang baik walaupun terdapat kesalahan ejaan dalam beberapa muka surat. Bukan mudah menulis buku yang sarat unsur tamadun Islam dalam bentuk santai.
Rebecca –
Ainul –
Wan Abdullah –
Damiadali –
Ainnudin Ja'far –
Fatimah Wahidah –
Shahida Azmi –
Zahrah Yunos –
Nur Fikri –
MOHD NORAMIN –
Zahirul Nukman Narakna –
Fifie Ierina –
Aiman –
Rzlzhd –
Izzah Yahya –
Fara –
Nanadhoi –
Khairunnatasa Azlan –
Nur Izzati –
Hairul Bujang –