counter create hit Cinta Lockdown: Jiran Bilik Sebelah - Download Free eBook
Ads Banner
Hot Best Seller
Ads Banner

6 review for Cinta Lockdown: Jiran Bilik Sebelah

  1. 5 out of 5

    Ogy Yusof

    penulis Cahaya Ainn bawakan kita satu lagi sisi kisah covid19. kali ini kisah student yang dibawa pulang dan duduk di pusat kuarantin. hanim, sangat bersyukur bila ditempatkan di hotel mewah yang menjadi pusat kuarantin. makanan sedap, bilik terbaik. dia pun tak lupa dengan tugasnya sebagai pelajar. tidak sekadar duduk melengung tak tahu mau buat apa. eidlan, dari awal sangat tak puas hati. sudahlah balik terpaksa ikut penerbangan yang disediakan sementelah penerbangan yang sepatut dinaiki dibatal penulis Cahaya Ainn bawakan kita satu lagi sisi kisah covid19. kali ini kisah student yang dibawa pulang dan duduk di pusat kuarantin. hanim, sangat bersyukur bila ditempatkan di hotel mewah yang menjadi pusat kuarantin. makanan sedap, bilik terbaik. dia pun tak lupa dengan tugasnya sebagai pelajar. tidak sekadar duduk melengung tak tahu mau buat apa. eidlan, dari awal sangat tak puas hati. sudahlah balik terpaksa ikut penerbangan yang disediakan sementelah penerbangan yang sepatut dinaiki dibatalkan. kemudian, dia tidak mahu ke pusat kuarantin dengan menaiki bas. siap mengadu dengan ibunya yang dia tak mahu duduk di tempat yang dianggap penjara. berkasar pula tu dengan petugas. hempuk jugak dia nih! mereka mula berbaik setelah eidlan membantu hanim yang terperangkap di balkoni bila pintu gelangsarnya rosak dan dia terkunci di luar. dari saat itu, mereka sering menghadap dan menghabiskan masa dengan belajar dan lakukan aktiviti bersama di balkoni masing-masing. tapi itulah. kuarantin memang dua minggu. kisah antara mereka dah tercatat lama dulu rupanya. comel je kisah ini. santai dan sangat sedap baca. cuma kali ni akak ada terfikir cik penulis, kotlah ada sambungan... mana tau... bersyukurlah walaupun dilanda musibah, tak semua bernasib baik dapat laluinya dengan mudah.

  2. 5 out of 5

    Mira Ishak

    Sebuah kisah yang comel; menceritakan rentetan perjalanan & pengalaman sesi kuarantin Hanim yang baru pulang dari luar negara sewaktu wabak pandemik melanda dunia, serta sewaktu negara sedang mengenakan perintah kawalan pergerakan. Bertemu pula dengan seorang jejaka bernama Eid, yang kebetulan menjadi jirannya sepanjang sesi kuarantin tersebut. Aku suka dengan olahan cerita ini. Smooth dan tak banyak kesalahan ejaan/kesilapan teknikal yang boleh menganggu pembacaan. Fakta/prosedur yang mungkin k Sebuah kisah yang comel; menceritakan rentetan perjalanan & pengalaman sesi kuarantin Hanim yang baru pulang dari luar negara sewaktu wabak pandemik melanda dunia, serta sewaktu negara sedang mengenakan perintah kawalan pergerakan. Bertemu pula dengan seorang jejaka bernama Eid, yang kebetulan menjadi jirannya sepanjang sesi kuarantin tersebut. Aku suka dengan olahan cerita ini. Smooth dan tak banyak kesalahan ejaan/kesilapan teknikal yang boleh menganggu pembacaan. Fakta/prosedur yang mungkin kita telah ketahui atau tidak, sebermulanya PKP ini khususnya bagi menguruskan mereka yang pulang dari luar negara telah diceritakan dengan baik dalam kisah ini, termasuklah perihal kluster kayangan. Isu yang begitu hebat diperkatakan. Kisah yang santai dan sweet. Aku suka kisah yang santai macam ni. Aku bukanlah jenis yang suka konflik teruk-teruk sampai cedera emosi aku. hahaha. Dan cerita ini sesuai dibaca oleh semua. Pendek je pun tapi menarik. Tahniah & terima kasih Cahaya Ainn kerana menulis kisah yang santai, comel & sweet. Dan, agak amazed juga sebab e-book ini ditandatangani oleh penulis sendiri. Siap ada caption 'Thank you to my lovely reader : Mira Ishak." Awwwww, sweet sangat! Kita terharu.

  3. 5 out of 5

    cikfa

    #reviewcikfa Sukaa k.ainn. suka sangat tak rugi belii. heheh

  4. 4 out of 5

    Claire S.E

  5. 4 out of 5

    Fitriana Nur

  6. 4 out of 5

    Nur Azliah

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...
We use cookies to give you the best online experience. By using our website you agree to our use of cookies in accordance with our cookie policy.